Wednesday 25 April 2012

lama dah tak updated blog....
dari pregnant sampaila skg baby pun da 4 bulan hik3...
bnyk nak citer sebenarnye cuma tula mase je xde
harini rasa nak cite tentang peranan isteri buleh ??
isteri kerja ringankan beban suami
isteri balik kerja uruskan anak2 kemas2 umah masak
mcm saya mmgla jarang nk masak baru nk on dapur gas si baby dh merengek
urm........
penat kan tu belum bab kemas2 umh lagi
lagi2 si abg tu kalo sehari x sepahkan rumah x sah nak plak kalo dia dapat
marker pen
abeh satu rumah dia nk conteng tula sebabnye rotan selalu ade kat tgn....

okla layan jela pic baby terbaru NUR MASYITAH


Lagi pic2 dari kami sekeluarga :)




Monday 14 November 2011

Kata-kata Hikmat

pernah sahabat nabi merungut apabila melihat seorang yang badannya kasar kerana kuat bekerja dan berkata:
"Alangkah baiknya jika dia menggunakan kekuatan tubuhnya itu untuk berjihad pada jalan Allah"

mendengar itu Rasulullah s.a.w pun bersabda
"Jika dia bekerja mencari nafkah untuk anak-anaknya yang kecil adalah fi sabilillah, jika dia bekerja untuk kedua-dua orang tuanya pun fisabilillah, jika dia bekerja mencari nafkah untuk dirinya sendiri juga dikira fisabilillah, tetapi jika dia bekerja dengan tujuan menunjuk-nunjuk dan riak, maka itu adalah fisabili syaitan (pada jalan syaitan)."  -riwayat Bukhari&Muslim dan Tarmidzi

Wednesday 9 November 2011

Suami Kahwin Lagi

Tajuk diatas sangat menggerunkan bagi wanita2 bergelar isteri bukan ???
teringat dengan cerita Teh Tarik Kurang Manis lakonan Zul Huzaimy & Erin Malik semasa bercinta kemain lagi setiap hari jumpa pun tak jemu bila sudah kahwin si isteri memang 100% menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah sampaikan hari2 tanya menu nk makan ishhh kan bagus dapat isteri macamni ckp je nk mkn ape siapla si isteri masak tak payah nak order kat kedai.

Tapi bila kemunculan kawan sepejabat suami tiba2 berubah ingin membuka cawangan baru (lakonan fasha sandha mmg gedix pmpn ni) tp dlm cite ni fasha ni jadi baik plak walaupun si suami ni ni nk kawin lagi si fasha ni pg jumpa terus dgn si isteri bgtau plan dorang nak bukakan mata si suami ni ...last si suami xjadi kawin lagi :)
Ermm..kan bagus kalo ade org mcm si fasha ni (lakonan je real perangai x mcm tu pun) ni yg aku tgk sume pmpn yg jadi org ketiga (konon nk bg isteri per1 payung emas) sume kata isteri per1 x pandai layan suami la,x pandai masak la tu yg laki cari lain yg laki plak kata x bahagia dgn isteri per1 abeh kalo anak ko dah 5,6 tu tak bahagia ke namanye ?? ke NAFSU semata2 ishhh emo pulak aku ....

Tapi kesian kan dekat anak2 kalau suami tu MAMPU kawenla 4 pun xkisah janji cukup bagi bini2 makan
ini bini yang ada pun makan x cukup nak juga tambah lagi 1...
Sekarang buat isteri2 sediakn payung sebelum hujan cari harta sendiri kalo boleh sume harta suami tukar nama jadi harta isteri hehehehehe fikirkan masa depan sendiri dan anak2 suami boleh cari lain (tapi selalu org pmpn ni kalo dah cerai xkan nk kawen lagi dah)
mari ramai2 kita amalkan doa ini :)

http://www.resepirahsiaku.com/2011/06/doa-supaya-suami-tak-kahwin-lain.html


*p/s =  cerita diatas tiada kena mengena dgn sesiape pong kalo ade terase sila email saye ye sekadar berkongsi pendapat

Monday 31 October 2011

Buat Penggemar STARBUCK

starbucks nih x halal, tu pong ramai yg x tau. sebenarnya x ramai orang melayu yg mahir tang minum kopi, in fact sebelum ni kopi dianggap x bagus dek kerana propaganda zionis. adik saya keja ngan coffee beans, dia bengang je bila ada melayu yg cam poyo2 nak mengarah just bcz they think of themselves high just bcz they drink coffee at such places.

coffee yg sedap sebenarnya datang dari kenya tp teknik panggang kopi tersedap ialah dari italia. sentuhan dorang memang berseni. kat umah saya ada coffee lavazza dari italia. saya pong x berapa terel bab kopi, tgh belajar lagi sebab hubby ku xleh idop tanpa kopi.  


 Sebenarnya Kopi Starbucks tak sedap mana pun, cuma orang melayu suka sangat minum disana dengan penuh gaya. Maklumla, minum dikedai kopi milik orang Putih yang harganya mencecah RM20 secawan. Apa lagi orang Melayu, ketika inilah masa untuk berlagak. 

Walaupun dirumah, si ayah membelikan susu yang paling murah harganya untuk anaknya yang masih kecil, tetapi diluar si ayah sangguh minum kopi secawan berharga RM20. Melayu...... LaughingLaughingLaughing
                    Maklumat tentang pengasas kopi ini Arrow

                    Howard Shult, Pengerusi Starbucks adalah seorang Zionis. Merupakan penerima anugerah dari 'Jerusalem Fund of Aish Ha Torah' diatas peranan utama memperkukuhkan hubungan baik Amerika-Israel. 'Jerusalem Fund of Aish Ha Torah' dipengerusikan oleh General Shaul Mofaz, penggerak utama pembunuhan beramai-ramai umat islam di Jenin, Palestin. 

Disetiap ucapannya, beliau melabelkan Palestin sebagai pengganas. Sehingga kini, Starbucks adalah antara penyumbang utama kepada Israel.
 
ArrowMaka dipersilakan orang Melayu yang tak sedar diri supaya pergi minum diStarbuck setiap dua hari sekali. Minum dengan penuh bergaya sambil buka Notebook ye! Nampak seperti orang berpelajaran sikit walaupun hakikatnya tidak pernah buka laman web informasi/ilmu, melainkan hanya tahu Facebook dan Yahoo emel sahaja. LaughingLaughingLaughing

Sunday 16 October 2011

Stress......

Anda sedang stress..???

Mahu hilangkan stress.. ??

Baca tulisan orang stress berikut ini, yg menceritakan seorang yang Stress!!!

"Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat  meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian. 

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

Sekarang Pak Mat benar2 STRESS!!!!:D


Friday 14 October 2011

Panasss.....Dicabul oleh Mentua

Seorang lelaki berumur 48 tahun telah ditahanpolis hari ini kerana telah mencabul kehormatan menantu perempuannya.Kejadian dikatakan berlaku lebih kurang pukul 11 pagi apabila tertuduh dikatakan telah masuk ke dalam bilik menantunya yang pada masa itu tinggal berseorangan kerana suaminya telah pergi bekerja.

   Tertuduh kemudian dilaporkan telah memaksa mangsa menanggalkan bajunya lalu tertuduh telah meramas dan menghisap buah dada mangsa. Jiran-jiran dapat menangkap tertuduh  setelah mendengar jeritan mangsa lalu membawanya ke balai polis.

   Di balai polis, suami mangsa, iaitu anak lelaki tertuduh, terus meluru kepada ayahnya dengan perasaan marah bercampur kesal. Si anak dengan menahan sabar berbaur kemarahan, dengan nada suara menggigil kerana menahan amarah yang amat sangat, lalu bertanya
kepada ayahnya, "Ayah...... kenapa ayah buat macam ini ha? Ayah dah hilang akal ke? Tak malu ke?

   Mana kami nak letak muka, ayah? Kenapa ayah? why?why? why?"

   Si ayah pun dengan tenang lagi selamba menjawab, "Ooh... malu konon.... apa yang nak dimalukan?"

    Berdesing telinga si anak apabila mendengar jawapan ayahnya. "Apa??!! Tak malu??!!!Badan si anak telah menggeletar teramat kerana cuba menahan marah.

    "Dah tu......" tempelak si ayah, "yang kau tu dulu hisap buah dada bini aku, aku tak kisah pun. Takkan skang ni aku nak hisap buah dada bini kau pun tak boleh??? Kena adil laaa!!!"

     Si anak terus jadi sawan mendengar jawapan ayahnya.


Sekadar gurauan di hari Jumaat :)

Thursday 13 October 2011

BERKONGSI BAJU SEKOLAH

Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu. 

Kisahnya: 

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. 


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. 

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . 
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. 


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 


“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” 


Dia terkejut dan wajahnya berubah. 


“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya 


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” 


” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” 


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” 


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut:
 Solat sunat 
 Puasa sunat 
 Berzikir 
 Bersedekah 
 Mengusap rambut anak yatim 
 Mendengar cerita2 kesusahan orang lain 
 Membantu orang susah